Tukaran Ringgit Malaysia Ke Dollar Amerika US Semakin Kuat? Pakar Ekonomi Jangka Rm4.57 Setiap $1 Akhir 2016!
Nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini,
dalam keadaan mengukuh apabila apabila hari ini mencatatkan kenaikan
nilai ringgit Malaysia naik yang mana berada pada paras RM4.20 untuk
setiap satu Dolar Amerika.
HSBC membuat analisa ramalan yang
menjangkakan nilai ringgit Malaysia akan berada pada paras RM4.30 untuk
setiap dolar Amerika menjelang hujung tahun 2015.
Bagaimana trend pada tahun 2016 pula? Adakah akan semakin mengukuh atau sebaliknya?
Rahul Bajoria yang merupakan pakar
ekonomi dari Barclays Capital Regional tampil berkongsi mengenai keadaan
ringgit Malaysia pada ketika ini berdasarkan pengamatan beliau. Mengapa
dan kenapa tukaran ringgit Malaysia ke USD boleh meningkat dalam tempoh
48 jam terakhir ini :
- Situasi menang-menang perjanjian antara 1MDB (Malaysia) dan CGN (China)
- Dijangka akan ada lebih baik pelaburan asing yang akan masuk ke Malaysia selepas ini
- Pengukuhan harga minyak dunia seketika disebalik serangan Turki terhadap kapal terbang Rusia yang dikatakan menceroboh masuk ke ruang udara Turki
Walaubagaimanapun, ringgit Malaysia akan mencecah RM4.57 pada akhir tahun 2016 kelak. Mengapa pula jadi sebegini rupa? Ini semua gara-gara :
Faktor Tukaran Ringgit Malaysia Lemah Akhir Tahun 2016?
- Nilai Dollar Amerika akan semakin kuat selepas ini dengan beberapa siri pengumuman Federal Reserve selepas sini yang dijangka bermula Disember 2015 ini mengenai kenaikan kadar faedah mereka
- Kejatuhan harga minyak dunia yang menyebabkan permintaan bon Malaysia akan melemah
Ramai yang mengatakan tahun 2016 adalah
tahun yang mencabar khususnya bagi rakyat malaysia. Terpulang kepada
bagaimana kerajaan mahu membantu rakyatnya dan cara bagaimana pula
rakyat Malaysia mahu menghadapinya?
Tahun 2016 adalah tahun berjimat cermat dan lebih banyak menyimpan. Di mana tukaran ringgit Malaysia semakin melemah terhadap Dollar sekaligus terus lambakan di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan