HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Februari 2016

'Muhyiddin ibarat anjing gigit kaki, sukar k'jaan bantu rakyat '

Anne Muhammad 


LIHAT VIDEO DI SINI
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan bahawa tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

Semalam, Nazri berkata Muhyiddin melakukan serang berterusan yang dianggap melampau ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.

Justeru, katanya, beliau akan membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

“Saya nak cadang gantung jawatan dan bukan keahlian Muhyiddin.
“Kita hadapkan kepada lembaga disiplin terpulang kepada mereka untuk ambil tindakan apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Meja bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin itu juga menyukarkan Umno dan BN untuk fokus sebagai sebuah pasukan bagi membantu rakyat.

“Kita nak buat kerja sebab rakyat lebih penting jadi kita kena fokus sebagai pasukan untuk bantu presiden untuk membantu rakyat.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah,” katanya.
Boleh lawan bila-bila masa

Kata Nazri, sekiranya Muhyiddin tidak lagi boleh menyokong pentadbiran Najib selaku presiden Umno, beliau perlu melepaskan jawatannya.

“Kita pilih (Muhyiddin) dulu sebab nampak boleh bantu presiden, kalau dia (Muhyiddin) sudah tidak boleh sokong jadi berhentilah.

“Kita marah sebab dia hentam pemimpin, jadi kalau saya hentam dia juga, saya pun sama juga (dengan Muhyiddin) sebab tu saya suruh dia berhenti. Saya boleh lawan dengan dia bila-bila masa,” katanya.

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata bukan hanya Muhyiddin seorang sahaja bekerja untuk kepentingan rakyat sebaliknya seluruh pemimpin juga membuat perkara yang sama.

“Kalau dia kata dia buat atas kepentingan rakyat, dia fikir tuhan hantar dia ke bumi ni seorang sahaja untuk jadi wakil rakyat. Saya wakil rakyat juga, Najib pun…

“Kalau dia kata dia buat ni sebab takut tuhan, dia nak cakap kita tak takut tuhan? Kita ni semua saya, Najib dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) bukan Islam?,” soalnya.

Tiada ulasan: