HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 April 2016

Aram Ngundi

FREE MALAYSIA TODAY


Inilah waktu di mana suara Rakyat Sarawak akan di dengar oleh kerajaan yang baru selepas 7 Mei nanti. Masa depan menua Sarawak kita yang tercinta ini adalah bergantung kepada pilihan anda pengundi yang berdaftar.
 
 
sarawak1_spr

Oleh Fabian William Story


Pada hari Isnin yang lepas, bersamaan dengan 11 April 2016, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah secara rasmi dibubarkan setelah lima tahun dalam perkhidmatan mentadbir Sarawak. Pilihanraya yang terakhir telah diadakan pada tahun 2011, dan keputusan pilihanraya yang lepas telah membuktikan Barisan Nasional (BN) masih menjadi pilihan rakyat Sarawak walaupun pakatan parti pembangkang berjaya memenangi beberapa kerusi terutamanya kerusi bandar tetapi masih tidak mampu mengugat kerusi majoriti Barisan Nasional.

Pilihanraya pada kali ini dijangka akan menjadi sangat “panas” kerana kedua-dua belah parti politik kerajaan dan pembangkang akan memberikan saingan yang sengit kepada satu sama lain kerana setiap parti politik mempunyai calon-calon pasti menang (winnable candidate) mereka masing-masing.

Perbezaan pilihanraya pada kali ini yang menjadikan lebih menarik adalah apabila sebanyak 11 kerusi baru yang akan dipertandingkan dan ini akan memberikan laluan kepada muka-muka baru yang akan di pilih oleh Rakyat untuk menjadi wakil mereka.

Selain itu juga, pilihanraya kali ini juga akan menjadi ukuran kepada keberkesanan pemerintahan di bawah Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Adenan Satem. Malah, ada yang mengatakan jika Barisan Nasional memenangi kembali kerusi pembangkang, ini adalah disebabkan oleh “Adenan Factor” kerana banyak perubahan yang di lihat selepas beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri.

Walaubagaimanapun, segala-galanya akan bergantung kepada pilihan Rakyat Sarawak yang akan turun mengundi pada 7 Mei 2016 nanti. Inilah waktu di mana suara Rakyat Sarawak akan di dengar oleh kerajaan yang baru selepas 7 Mei nanti. Masa depan menua Sarawak kita yang tercinta ini adalah bergantung kepada pilihan anda pengundi yang berdaftar, setiap pengundi harus bijak memilih parti politik yang mereka yakin boleh membawa Sarawak ke satu tingkat yang lebih tinggi lagi dari sekarang ini dan akan melakukan transformasi yang besar di mana akan membawa keuntungan kepada Rakyat Sarawak.

Inilah tanggungjawab kita semua pengundi yang berdaftar. Jadi marilah kita semua rakyat Sarawak pengundi berdaftar untuk balik dan mengundi untuk masa depan Sarawak yang cemerlang.

ARAM NGUNDI!!!

Tiada ulasan: