Gerakan Pengguna Malaysia (MCM) meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menawarkan rebat bil elektrik kepada lebih 8 juta pelanggannya di seluruh negara.
Presiden MCM, Darshan Singh Dhillon berkata, mungkin sudah tibanya kerajaan untuk mempertimbangkan penawaran penerimaan ke atas cukai-cukai yang dibayar menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Menurut TNB, penggunaan berskala besar terserlah dalam tahap gunaan elektrik negara ini yang melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa 17,175MW pada bulan lepas, melepasi rekod tertinggi terdahulu 16,901MW pada bulan Jun 2014.
"Bahang yang tidak termampu ditanggung ini menghendaki pengguna untuk memasang penghawa dingin atau kelengkapan penyejuk elektrik lain sehingga menyebabkan bil elektrik melambung ratusan ringgit," katanya dalam kenyataan.
Sejak beberapa bulan yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa suhu akan meninggi sepanjang tahun ini, dengan ada kalanya melebihi paras 37C yang akan menyebabkan cuaca panas melampau ekoran kesan El Nino.
Mengulas lanjut, tambah Darshan, penyediaan rebat itu pastinya golongan pengguna elektrik tempatan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk menampung kehidupan mereka.
"Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan yang selalu mengingatkan kita mengenai peri pentingnya untuk minum banyak air dan kurang berada di luar bagi mengelakkan banyak gejala seperti strok haba," jelasnya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan