Gambar hiasan.
KENAPA kebanyakan iklan menunjukkan yang perempuan mahukan perhatian lelaki?
Apa bendalah semua ni? Contohnya macam iklan produk kecantikan. Aku cuci muka sebab rasa tak selesa muka melekit. Aku berus gigi pun sebab nak elak gingivitis. Bukan untuk pikat lelaki.
Lagi satu, kalau lelaki tu tolak kau sebab muka ada banyak bintik hitam, dia tak layak pun untuk kau. Kalau bintik hitam pun dia tak boleh hadap, macam mana kau nak buat suami? Nanti nak tukar lampin anak pun tak reti.
Lagi satu, kebanyakan iklan semua guna perempuan cantik. Sedar tak yang orang hodoh pun beli shampu, ubat gigi, sabun basuh baju, pencuci muka dan banyak lagi.
Tipu sangat lepas cuci muka, terus orang akan suka. Aku cuci muka setiap hari tak ada pun yang jatuh cinta pandang pertama.
Sudah tiba masanya wujudkan anjakan paradigma untuk iklan di Malaysia.
Maaf, aku ni memang diciptakan tak boleh tengok televisyen. Asyik komen je.
***Arlina Banana merupakan insta-famous dan mempunyai ramai pengikut di media sosial. Beliau juga merupakan pengasas @mydateisabook dan @glassofhope. Selain aktif di media sosial, beliau juga kerap terlibat dengan program motivasi dan inspirasi remaja di seluruh negara. Ikuti ngomelan motivasi dalam nada jujur dan selambanya menerusi bukunya yang berjudul 'Pujuk' terbitan Buku Pojok. Singgah ke http://bit.ly/1S1cF3B untuk pembelian buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan