HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 April 2016

Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Petang Khamis

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Hujan yang melanda Kuala Lumpur menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa jalan utama, lewat petang Khamis.

Menurut laporan Star Media Radio Traffic, banjir kilat berlaku di Jalan Kuching berhampiran Bank Negara-Bulatan Dato Onn, Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Pudu di hadapan Hospital Tung Shin.

Bagaimanapun terowong SMART masih dibuka kepada lalu lintas di kedua-dua arah.

Lalu lintas di bandar juga dilaporkan perlahan disebabkan hujan lebat itu.

Tiada ulasan: