shahbudindotcom
Satu
demi satu pendedahan atau maklumat baru mengenai wang RM2,600 juta
dibentangkan kepada kita oleh WSJ. Sebagaimana yang disebut dalam blog
ini semalam, kita tidak tahu berapa banyak lagi maklumat yang mereka ada
dan akan terus didedahkan selepas ini.
Setelah
konsisten sejak awal mengaitkannya dengan 1MDB, terbarunya selain
mendakwa wang tersebut berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI, WSJ
juga diberitakan dapat "menceroboh text perbualan" antara Jho Low dengan
eksekutif tertinggi Ambank berkaitan wang yang dimasukkan itu.
Sama
ada WSJ dapat "menceroboh text perbualan" atau ada orang tertentu yang
membocorkannya, logiknya jika ia terbukti benar akhirnya, bagaimana
akhirnya semua orang yang berakal dapat menerima hakikat bahawa wang
tersebut sebagai derma daripada anak Raja Arab Saudi?
Kenapa jika ia derma daripada Arab Saudi, tetapi ada peranan Jho Low di situ?
Sebab itu, sekali lagi, sebagaimana yang ditulis semalam, kebenaran rasanya sudah semakin dekat menghampiri kita.
Dan inikah yang menyebabkan seorang menteri, Shahidan Kassim mula memuji-muji Zahid Hamidi dalam Facebooknya?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan