HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 April 2016

Khalid Samad sertai senarai disekat ke Sarawak

MALAYSIAKINI




Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad hari ini menyertai senarai panjang pihak yang dihalang masuk ke Sarawak.

Menurut pengumuman sekretariat komunikasi parti serpihan PAS itu, Khalid dihalang memasuki Sarawak petang ini dan akan dihantar balik menggunakan penerbangan sama.

“Beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dengan penerbangan Airasia AK5234 pukul 7.55,” menurut makluman itu.

Khalid menjadi pemimpin AMANAH kedua dihalang masuk ke Bumi Kenyalang selepas presidennya Mohamad Sabu pada 22 Mac lalu.

Pihak berkuasa imigresen Sarawak bagaimanapun setakat ini enggan mendedahkan senarai pihak yang dilarang memasuki Sarawak di kalangan anggota parlimen pembangkang dan aktivis.

Setakat ini, kira-kira 40 orang diketahui telah disekat masuk ke Sarawak.

Negeri itu akan mengadakan pilihan raya negeri pada 25 April depan.

Tiada ulasan: