HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 April 2016

Pemadam api terkecil masuk pasaran Malaysia bulan depan



 
DETIK DAILY

 
KUALA LUMPUR: Berbentuk silinder, seberat 400 gram dan bersaiz lampu suluh menjadikan produk pemadam api buatan Itali 'Mangiafuoco' lebih praktikal untuk digunakan.

Ia dijangka memasuki pasaran negara Mei ini hasil edaran Global Combined Technology Sdn Bhd.

Pengarahnya Mejar (B) Zainal Abdullah berkata produk tersebut mendapat sambutan hangat di Eropah.

"Selain kecil dan ringan yang boleh digenggam kanak-kanak, alat ini sesuai untuk memadam kebakaran berskala kecil.

"Ia menggunakan serbuk potasium yang boleh memadamkan api antara 50 hingga 100 saat," katanya kepada Bernama pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Beliau berkata alat tersebut mungkin dijual pada harga antara RM400 hingga RM480.

Tiada ulasan: