Pemilihan haiwan yang semakin terancam itu dianggap sebagai simbolik kepada keyakinan, ketahanan dan kebolehpercayaan parti yang berpusat di semenanjung - Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, See Chee How berkata, parti itu menerapkan semangat badak sumbu yang mampu bertahan dalam apa jua situasi walaupun terpaksa bergelut untuk hidup.
“Kami akan teruskan perjuangan dalam pilihan raya kali ini menentang Barisan Nasional (BN).
Selain PKR, parti sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP terlebih dahulu memiliki maskot daripada burung enggang yang dikenali sebagai ‘Ubah’ sejak PRN Sarawak 2011.
Bagaimaapun maskot itu kini dinaik taraf dan dikenali sebagai ‘Ubah Warrior’.
Tidak ketinggalan ialah parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang turut melancarkan maskot mereka iaitu seekor lebah kuning bersaiz gergasi dengan tagline 'We Can Bee'.
Pemilihan serangga itu dianggap sinonim dengan simbol perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan