HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 April 2016

Rayani Air: Beri masa hingga minggu depan

Rayani Air
Rayani Air.


SHAH ALAM – Pengarah Urusan syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air, A Ravi akan memberikan penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh kakitangan syarikatnya.

Ravi ketika dihubungi Sinar Online berkata, beliau akan memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut pada minggu hadapan memandangkan buat masa sekarang, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan.

“Saya tidak mahu komen. Minggu depan (akan beri penjelasan),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji sangkut: Pekerja Rayani Air tekad lantik peguam]

Dalam satu sidang media semalam, wakil kakitangan syarikat itu, Zulkalnain Azlan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak pengurusan masih belum menjelaskan bayaran gaji bertarikh 28 Mac lalu.

Zulkalnain berkata, pihaknya telah melantik peguam untuk menjalankan prosiding undang-undang sekiranya bayaran gaji masih belum diperoleh sehingga Selasa depan.


Tiada ulasan: