Sekali lagi timbul persoalan, apa sebenarnya sudah jadi dengan Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO ini?
Jika
sebelum ini, beliau bercakap mengenai legasi Tun Mahathir Mohamad yang
dianggapnya negatif dan Najib Razak harus berani merombaknya, mengatakan
politik kebencian adalah suatu jenayah dan beberapa perkara lain lagi,
kali ini hujahnya ternyata jauh lebih parah.
Berhujah
dengan mengatakan Malaysia lebih berani daripada Amerika Syarikat
semata-mata kerana membenarkan wujudnya banyak parti berbanding negara
tersebut yang hanya ada dua parti, barangkali bukan saja menyebabkan
Najib Razak "menyesal" melantiknya mengetuai aktiviti penerangan
parti, bahkan mungkin membuatkan Ahmad Maslan dan Hasan Malek turut
berguling-guling ketawa jadinya.
Mengenali
Annuar sejak sekian lama, malah beliau dianggap sebagai pemidato dan
pelontar idea yang hebat, rasa seperti tidak percaya bekas menteri itu
boleh mengeluarkan perbandingan sedemikian rupa.
Kalau
ia pun mahu memuji, menyanjung dan membodek Najib Razak serta kerajaan
yang sedang dipimpinnya kerana memberi ruang kepada
penentang-penentangnya menubuhkan PPBM dan Warisan, takkanlah sampai
begitu hujahnya?
Kata orang Perak, "parah bebenor" bandingan sebegitu. Itu hujah ke laut, kata anak-muda zaman sekarang pula.
Membandingkan
Malaysia dan Amerika Syarikat dari segi sistem politik adalah tidak
kena dan jauh tersasar sama sekali. Amerika bukan tidak membenarkan
wujudnya banyak parti-parti politik, tetapi memang negara itu
mengamalkan sistem dua parti iaitu Demokrat dan Republikan.
Dengan
hanya ada dua parti, tidak bermakna Malaysia yang banyak parti lebih
baik daripada Amerika. Harus pula dilihat bagaimana sistem itu berjalan.
Lihat bagaimana pemilihan presidennya diadakan, aturan berkempen,
sistem undi, ada debat terbuka, had tempoh dua penggal dan sebagainya
lagi.
Diakui
sistem dua parti adalah terbaik untuk rakyat. Ia menjadikan rakyat
lebih terbuka untuk membuat pilihan dan pertukaran kerajaan juga lebih
mudah.
Bukan
banyak parti yang sepatutnya menjadi asas pujian, tetapi perlaksanaan
atau kaedah politik yang diamalkan itu yang harus menjadi sandaran.
Kenapa
kaedah seperti di Amerika, contohnya debat terbuka, tidak cuba
dilaksanakan jika Najib yang memimpin kerajaan ini benar-benar seorang
yang berani?
Tidakkah
Annuar Musa juga lupa bahawa penubuhan gabungan Pakatan Rakyat sebelum
PRU 13 lalu untuk bersaing dengan BN telah berdepan dengan pelbagai
masalah dan karenah sehingga hasrat menggunakan satu simbol untuk
bertanding dalam pilihanraya, tidak kesampaian sama sekali?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan