|
|
Oleh NASRUDIN HASSAN
Antara
perkembangan tidak enak dan kurang menarik dalam sesi pembentangan
bajet tahun ini ialah apabila YAB PM mengambil masa terlalu banyak
dalam berlebihan mempromosikan BN.
Sedang ini adalah Bajet
Kerajaan, Bajet Negara. Memaparkan lambang dacing BN di skrin besar
dalam Parlimen juga satu langkah yang nyata memperlihatkan kepada umum
seperti BN benar- benar terdesak sehingga saat pembentangan bajet
dijadikan peluang untuk berkempen bagai di pentas pilihan raya.
Saya
kesal perkembangan seperti ini dan harap ia tidak berulang di lain
masa. Sebagaimana pihak BN mahu ahli parlimen bukan kerajaan menghormati
mereka, sewajarnya mereka juga tahu menghormati ahli parlimen bukan
kerajaan.
Logo dacing bukan logo kerajaan, Ia logo parti. Bajet
2017 bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan. Maka tiada sebab
kenapa logo dacing dipertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen.
Seharusnya
mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti
mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen. Kalau tidak ianya adalah salah
guna kuasa eksekutif ke atas parlimen. Saya mohon Tan Sri Speaker
bertegas dalam mengawal bahan yang boleh dipaparkan yang tidak
berkaitan dengan bahan pembentangan demi menjaga kemuliaan dewan.
Ia
mungkin dilihat isu kecil oleh pihak BN, tapi saya melihat ianya
sebagai isu sikap dan kematangan dalam berpolitik. Kalau sedikit tidak
mengapa tetapi kalau berulang kali mempromosikan BN dalam pembentangan
Bajet 2017, maka tidak hairanlah kalau ada yang senak telinga
mendengarnya.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan