Humanitarian Care Malaysia (MyCare), dalam kenyataan pada Rabu malam, mengesahkan kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan (7.58 malam waktu Malaysia).
Kapal Zaytouna itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod, menurut kenyataan itu.
Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.
Delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Pelayaran WBG bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).
Justeru, MyCare akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu pada Khamis-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan