"Saya tidak tahu apa yang Jamal cakap. Saya tidak tahu menahu dan tidak berminat untuk ambil tahu.
"Jamal seorang yang mengarut. Siapa yang melayan Jamal akan sama-sama mengarut macam Jamal.
"Jamal adalah badut paling besar dalam Umno. Setiap hari pimpinan Umno pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini," ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.
Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, beliau tidak pernah mengenali Pengerusi NGO Malaysia merangkap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang popular mengetuai kumpulan geng Baju Merah itu secara peribadi.
"Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.
"Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal.
"Sekarang Jamal sudah rasa dia selebriti, kan dah susah kita," ujarnya sinis.
Jamal hari ini hari ini menfailkan laporan untuk menyerahkan dokumen diperolehnya sebagai lanjutan daripada dakwaannya dalam sidang media Rabu lalu bahawa Bersih 5 terbabit dengan IS dan Daesh.
Dalam sidang media diadakan hari ini di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jamal mendedahkan bukti Bersih 5 diserapi anasir IS dan Daesh sebahagian sumber maklumat diperolehnya daripada Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan