SEPANG: Polis menangkap pemimpin gerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebaik sahaja beliau kembali ke negara ini.
Setiausahanya, Durrany Izam, mengesahkan Jamal ditangkap pada kira-kira
jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Duranny, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Satu sidang akhbar dijadual diadakan di luar balai polis pada jam 10 pagi dan Jamal dijangka akan mempengerusikannya.
"Jika (Jamal) tidak (dibebaskan ketika itu), saya akan mengadakan sidang akhbar itu," kata Durrany.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan