HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Oktober 2016

Laporan: Rakyat M'sia boleh disekat ke luar negara kerana BERSIH 5

MALAYSIAKINI


Rakyat Malaysia yang tinggal di New Zealand dikatakan mendapat amaran dilarang keluar negara jika terlibat dalam himpunan BERSIH 5.

Himpunan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya itu akan turut diadakan di Auckland, bandar terbesar di negara itu, pada 19 November ini.

New Zealand Herald melaporkan, sekatan tiga tahun ke keluar negara boleh dikenakan jika mereka memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, kata penganjurnya Lydia Chai, rakyat Malaysia kini sedar bahawa berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa.

“Saya tidak akan dibuli dan saya tidak takut pada ancaman mereka,” Lydia, yang juga bendahari Global Bersih, dilapor sebagai berkata.

Lydia menganggarkan 1,000 orang akan hadir dalam himpunan di Auckland, yang dianjurkan serentak dengan Kuala Lumpur dan kota-kota terpilih di seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden Rakyat Malaysia Auckland Francis Chai berkata beliau tidak akan hadir acara itu.
Beliau juga enggan mengulas lanjut atas alasan terikat dengan peraturan pertubuhan.

Malaysiakini sudah menghubungi Global Bersih dan sedang menunggu untuk mendapatkan lebih maklumat.

Portal ini juga sedang mendapatkan maklum balas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali

Tiada ulasan: