KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala
Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara
susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini
berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi ini akibat pencemaran bau air
sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri
Sembilan.
Kawasan yang mengalami gangguan di daerah Hulu Langat ialah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.
Bagi daerah Kuala Langat, ia merangkumi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
Sementara untuk daerah Petaling, kawasan terjejas ialah USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang.
Kawasan di daerah Sepang pula melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar
Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit
Puchong dan Sungai Merab.
SYABAS berkata penghantaran bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan