shahbudindotcom
Masih ada yang bertanya, apa jadi kepada Melayu jika UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa?
Masihkah orang Melayu terbela? tanya mereka lagi.
Apabila
ditanya kembali, adakah mereka selama ini cukup dibela walaupun UMNO
sudah berkuasa lebih 60 tahun lamanya, ramai antaranya jadi terdiam,
malah mula keliru.
Mahu
dikata tidak terbela, banyak sekali dasar membela Melayu sambil
berdegar-degar mulut pemimpin UMNO yang mengatakan hidup dan perjuangan
mereka adalah untuk membela Melayu semata-mata.
Mahu
dikata cukup dibela, ramai antaranya kekal tidak punya apa-apa, malah
masih mengharap bantuan BR1M jatuh ke riba. Saham bumiputera dan tanah
rizab Melayu sudah lama hilang entah ke mana.
Kenapa
masih ramai Melayu yang miskin dan jadi golongan peminta-minta
sedangkan daripada Raja, yang tinggal di Seri Perdana, menteri, menteri
besar, ketua setiausaha, malah boleh dikata hampir semuanya, adalah
Melayu-Melayu belaka?
Siapa lagi yang harus kita salahkan, kalau bukan UMNO, sedangkan merekalah yang selama ini diberi mandat untuk membela?
Kalau
seorang pengurus yang diberi kuasa untuk memajukan syarikat, tetapi
selama bertahun-tahun masih gagal juga membawa keuntungan kepada
syarikat dan pemegang saham, apakah yang harus kita lakukan kepadanya?
Namun,
mengapa masih ada yang sayang untuk "memecat" UMNO sebagai pengurus
bangsa daripada terus berkuasa sedangkan peluang sudah diberi selama
lebih 60 tahun lamanya?
Apakah Melayu mahu terus berharap kepada UMNO untuk tahun-tahun seterusnya?
Rasa
sentimental orang-orang Melayu kepada UMNO sebenarnya lebih kepada
perjuangan kemerdekaan yang pernah dilakukannya. Ia seperti mengikat
mereka untuk kekal bersama UMNO selama-lamanya.
Mengingati
dan menghargai perjuangan UMNO dari segi menuntut kemerdekaan tidak
ada salahnya, tapi UMNO juga harus diingati kerana kegagalannya
memajukan bangsa sendiri selepas merdeka, meskipun sudah diberikan
kuasa dan mandat yang lama untuk berbuat demikian.
Bukan
UMNO tidak mampu memajukan bangsa sendiri, tetapi setiap kali
pemimpinnya menjerit "Hidup Melayu", bermakna setiap kali itu jugalah
kekayaan negara telah dilencongkan ke poket sendiri atau kroni melalui
pelbagai cara, sementara rakyat biasa terus dibiarkan melopong dengan
mulut ternganga.
Dengan
gagal selama 60 tahun dan melalui UMNO juga, orang Melayu terus
berpecah sehingga hari ini, parti itu kini tidak boleh lagi dianggap
sebagai mewakili Melayu. Melayu dalam UMNO semakin mengecil sebenarnya.
Banyak
parti lain yang kini mahu mengalahkan UMNO juga ada Melayu di dalamnya.
Di dalam PKR ada Melayu, dalam Amanah ada Melayu, dalam DAP sudah ramai
Melayu, dalam PAS juga Melayu dan dalam PPBM lagilah Melayu.
Dengan
yang demikian, jika masih ada Melayu yang masih bimbang dengan nasib
Melayu sekiranya UMNO kalah pilihanraya serta hilang kuasa, mereka
seharusnya melihat dalam perspektif yang lebih luas dan terbuka.
Oleh
kerana semua parti-parti tersebut ada Melayu di dalamnya dan mereka
sedang bergandingan antara satu sama lain, mereka lebih menyeluruh
sifatnya.
Jika
dalam BN hanya ada UMNO yang memperjuangkan Melayu, tetapi dalam
parti-parti pembangkang yang semua di dalamnya ada Melayu, skop dan
ruang lingkup pembelaan kepada Melayu itu menjadi lebih luas lagi.
Melayu
kampung, Melayu bandar, Melayu separa bandar, malah semua kelompok
Melayu ada dalam parti-parti selain UMNO sekarang ini. UMNO sebaliknya
hanya tinggal mengharap sokongan orang-orang kampung, Felda dan luar
bandar saja, itu pun mereka kekal dibiarkan miskin supaya mudah
digula-gulakan ketika pilihanraya.
Melayu
tidak perlu takut meninggalkan UMNO. Melayu tidak mati tanpa UMNO. Di
Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, tidak ada Melayu yang meninggal
dunia sejak kalah dan hilangnya kuasa UMNO di negeri-negeri tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan