HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Oktober 2016

Pembangkang di Sabah bakal tersungkur

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.
 
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah ADUN dari pembangkang mengatakan “PKR dan DAP adalah parti tidak berguna.”
 
“Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?,” katanya dalam kenyataan melalui twitternya @mpkotabelud.
 
Abdul Rahman, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata demikian mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (ADUN Klias), Adun Moyog, Terence Siambun (PKR) dan Adun Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.
 
Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.
 
 

Tiada ulasan: