HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Oktober 2016

Pemuda PKR sifatkan Jamal umpama syaitan

 
 


Tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Sri Jamal Mohd Yunus yang mengadakan sidang media di dalam tandas disifatkan tak ubah seperti syaitan yang tidak langsung mencerminkan dirinya sebagai seorang umat Islam.

Kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Afif Bahardin, hanya syaitan yang gemar duduk di dalam tandas dan itu yang dilakukan oleh Jamal di hadapan sekumpulan wartawan pada di Shah Alam semalam.

"Yang duduk dalam jamban ialah syaitan kerana umat Islam dan bila dia buat sidang media dalam jamban bermakna perangainya pun lebih kurang syaitan.

"Perbuatan Jama bukan sahaja biadap tetapi langsung tidak menunjukkan dirinya sebagai umat beragama Islam," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Jamal sebelum ini telah digesa Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin melalui peguamnya supaya meminta maaf kerana mengaitkan dirinya dengan kumpulan pengganas antarabangsa IS.

Namun Jamal mengambil tindakan mengoyak dan membuang dan mengepam surat peguam Maria Chin itu ke dalam tandas pada sidang media yang diadakan. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: