SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan
rasa kesal dengan tindakan pemimpin di Sabah keluar beramai-ramai untuk
bergerak dalam parti baru.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Wan Azizah berkata amalan wakil
rakyat meninggalkan parti yang menjadi tiket untuk mereka terpilih dalam
pilihan raya tidak boleh dibiarkan.
Semalam ramai pimpinan PKR Sabah - diketuai bekas timbalan menteri
Datuk Lakim Ujin - mengumumkan keluar daripada parti berkenaan untuk
bergerak dalam parti baru berasaskan Sabah.
Menurut Lajim, Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan
tetap' kepada mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan
rakyat Sabah untuk ke Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan
negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam
Malaysia.
Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi
faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP dan PKR Sabah meninggalkan parti
masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan