Oleh Mohd Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
tidak punya kuasa untuk menentukan sama ada Rang Undang-undang (RUU)
persendirian bagi meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah dibahaskan pada
sidang parlimen kali ini.
Pandikar berkata, semua pihak harus faham bahawa RUU daripada kerajaan
perlu didahulukan sebelum usul persendirian, meskipun mana-mana menteri
menghantar notis pada minit-minit terakhir.
Menteri dibolehkan menyelit RUU bersabit urusan kerajaan dalam masa 24 jam sebelum sidang bermula.
"Apabila kita tengok itu kertas perintah, urusan kerajaan bermaksud
urusan dari menteri misal kata berkenaan dengan akta. Sebelum ini, cuma
ada tiga RUU. Keempat RUU 355 dari Marang. Ada yang memikirkan bahawa
perkara (RUU 355) ini sudah (boleh) dibahas.
"Mereka (menteri) berhak sisip pula RUU lain dalam masa 24jam. Kerana
itu urusan kerajaan. Jadi, urusan kerajaan ini kalau dia tidak mahu
bahas perkara lain, bermakna tidak bolehlah dibahas(RUU355) kerana
urusan dia (kerajaan) didahulukan," jelas Pandikar.
Selasa lepas, pada hari kedua sidang Dewan Rakyat kali ini, usul
kontroversi pindaan Akta 355 yang diusul Ahli Parlimen Marang, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang ditolak ke bawah dalam kertas aturan mesyuarat.
Terdahulu, usul berkenaan disenarikan pada kedudukan keempat sekaligus
mencetuskan andaian bahawa ia akan dibahaskan antara Selasa lepas (18
Oktober) hingga hari ini (Khamis).
Usul yang mahu dibawa Hadi adalah pindaan untuk meminda bidang kuasa
Mahkamah Syariah, yang ketika ini mempunyai hukuman yang terlalu terhad
untuk dikenakan terhadap pesalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan