KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan
lancar setakat pukul 9 pagi ini berikutan persiapan warga kota balik ke
kampung untuk menyambut Aidilfitri, hujung minggu ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.
"Aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan