Oleh Datuk Ruslan Kassim
Isu Felda Global Ventures (FGV) terbaharu berkaitan penggantungan tugas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) dan pendedahan portal Malaysia Today.Amat
wajar satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh,
selain menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera
masuk menyiasat FGV kerana pengerusi Felda dan CEO, yang diarah
bercuti, itu sendiri mahukan SPRM masuk menyiasat.
Perkasa
berhak menuntut satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat FGV kerana
tidak sedikit ahli Perkasa daripada keluarga peneroka Felda yang
mempunyai kepentingan dalam FGV.
Pendedahan portal Malaysia Today perlu disiasat kerana telah tersebar meluas cerita tindakan terhadap CEO itu atas sebab kepentingan pihak tertentu.
Perkasa bukan mahu membela atau menuduh mana-mana pihak tetapi
masyarakat kini mengikuti isu FGV dari mula ia ditubuhkan. Sejak
ditubuhkan, FGV tidak sunyi daripada pelbagai isu.
Semalam
berita berkaitan seorang penolong pengarang satu akhbar ternama didakwa
di mahkamah atas tuduhan rasuah yang ada kaitan bekas CEO sebelum ini.
Beliau dikata cuba membantu bekas CEO itu untuk menghentikan siasatan
SPRM ke atas FGV.
Sekali lagi Perkasa menggesa:
(i)
Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat, mengkaji
permasalahan dan mencadangkan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan
dengan tadbir urus, perkembangan dan prestasi FGV.
(ii)
Siasatan jawatankuasa khas di atas perlu dibentangkan dan dikemukakan
kepada pihak-pihak berkenaan sama ada wujud keperluan terhadap
penstrukturan semula organisasi FGV dan anak-anak syarikatnya atau
penambahbaikan di mana perlu.
Jika terbukti ada salah urus
tadbir atau pelanggaran kod etika organisasi yang mampu menghakis
kepercayaan peneroka dan rakyat Malaysia terhadap FGV, tindakan segera
hendaklah diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Masyarakat mengaitkan semuanya dengan penggantungan CEO sedia ada dan pendedahan Malaysia Today.
Jika CEO diarah bercuti, demi menjalankan siasatan lebih mudah dan
telus, Perkasa menggesa anggota lembaga pengarah FGV perlu juga
digantung sementara.
* Datuk Ruslan Kassim adalah ketua penerangan Perkasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan