Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menjadi 'one
man show' dengan menyandang berbelas-belas jawatan tertinggi di negeri
itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.
Sambil menyifatkan perkara tersebut 'tidak normal', Jahara turut
menggelar Guan Eng sebagai pemimpin yang gila kuasa kerana memegang
terlalu banyak jawatan dalam satu-satu masa.
"Benda ni nampak sangatlah dia nak jadi 'one man show', tapi kalau kita
kata dia tidak mahu mengaku, ini bukti dia nak jadi 'one man show'.
"Gila kuasa, melalui jawatan tu dia pegang kuasa, jadi dia gila kuasa," katanya kepada Antarapos.
Jahara berkata, Guan Eng sepatutnya melantik mana-mana exco kerajaan
negeri yang mampu memegang jawatan tertinggi tersebut dan bukannya
memonopoli kebanyakan jawatan penting di dalam negeri itu.
"Padahal tidak semestinya dia pegang semua itu, dia boleh lantik
mana-mana exco lain, TKM (Timbalan Ketua Menteri) ada, dia ada dua TKM,
ada exco ramai pun yang boleh mempengerusikan, yang besar-besar tu dia
nak pegang PBA (Perbadanan Bekalan Air) tu boleh lah, yang lain-lain tu
kena percayalah orang-orang dia," kata ADUN Telok Ayer Tawar itu lagi.
Sebelum ini, parti Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Guan Eng
yang didakwa menyandang sehingga 14 jawatan utama di negeri itu.
Perkara tersebut disuarakan Ketua Biro Publisiti, Ooi Zhi Yi yang
mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri itu mampu menggalas pelbagai
tanggungjawab pada satu-satu masa yang dalam masa sama perlu memastikan
kebajikan terhadap rakyat tidak terabai.
Antara jawatan yang dipegang Guan Eng ialah sebagai Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Pengerusi Perbadanan Bukit
Bendera Pulau Pinang, Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, dan
terbaharu, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan
Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan