HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Jun 2017

Jangan buat spekulasi kes surat terbuka untuk PDRM


Jangan buat spekulasi kes surat terbuka untuk PDRM
Status ditulis seorang lelaki dalam akaun laman sosial miliknya berhubung ketidakpuasan hati dengan siasatan pihak PDRM terhadap kes samun bersenjata kumpulan yang berlaku kepadanya.
 

SUBANG JAYA – Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan penyebaran berita mengenai surat terbuka untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dimuatnaik seorang lelaki di laman sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah dan meminta supaya semua pihak menunggu hingga mahkamah menentukan keputusan.

“Orang ramai dinasihat tidak menyebar atau berkongsi maklumat tidak sahih serta meragukan kerana tindakan tidak bertanggungjawab boleh jejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat,”katanya dalam satu kenyataan media menerusi sistem aplikasi WhatsApp.

Terdahulu seorang lelaki dilapor memuatnaik status bertajuk Surat Terbuka Untuk Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di akaun laman sosial miliknya kira-kira jam 4.22 petang semalam.

Dalam surat terbuka tersebut lelaki itu menyatakan dia menulis status berkenaan berikutan tidak berpuas hati dengan siasatan pihak PDRM terhadap kes samun bersenjata kumpulan yang dilakukan rakannya sendiri  pada 20 Februari lalu.

Lelaki terbabit mendakwa setelah hampir 122 hari disamun,tiada pembelaan diterima dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya sekaligus mereka yang bersalah dihukum.

Tiada ulasan: