Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, mengarahkan polis memantau kegiatan pembiayaan kumpulan kongsi
gelap ke atas parti politik tertentu di Pulau Pinang.
“Untuk Pulau Pinang, masalah perjudian adalah jenayah yang paling tinggi. Justeru, saya minta Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye fokus untuk selesaikan aktiviti ini.
“Lebih khuatir lagi, ada dalam ‘tauke besar’ ini melakukan pembiayaan kepada parti politik tertentu.
“Oleh sebab itu, kita perlu hapuskan aktiviti perjudian di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Daerah Barat Daya di Pulau Pinang, semalam.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan