PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mampu merangsang
perkembangan ekonomi memberangsangkan iaitu 5.6 peratus bagi suku
pertama tahun ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran di peringkat
global.
Perdana Menteri berkata, ramai pihak tidak menilai kejayaan kerajaan
menangani cabaran seperti kejatuhan harga minyak dan ketidakstabilan
pasaran ekonomi serta perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) yang memberi
kesan.
"Bagaimanapun, di sebalik itu ekonomi Malaysia masih sihat dan mapan.
"Ia turut memberi keuntungan kepada syarikat yang akhirnya membayar
zakat untuk membantu golongan memerlukan dan asnaf," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian zakat
dan bantuan kepada asnaf serta penerima bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, turut menerima pembayaran zakat
berjumlah RM2.63 juta oleh 10 organisasi dan syarikat korporat untuk
diagih kepada 6,300 penerima dalam Parlimen itu.
Bank Rakyat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Sapura Holdings
masing-masing menyerahkan zakat berjumlah RM500,000 manakala Naza
Corporation (RM280,000), Road Care Malaysia Berhad (RM250,000) dan Uda
Holdings (RM200,000). Tabung Haji, SME Bank Berhad dan Wekajaya Sdn Bhd
pula masing-masing menyerahkan zakat berjumlah RM100,000, diikuti Affin
Islamic Bank (RM50,000) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan