KUALA LUMPUR: Jangan percaya khabar angin yang mengatakan Datuk Mahadzir Lokman sudah meninggal dunia.
Adiknya, Danial Lokman berkata abangnya yang juga personaliti popular
negara masih berada dalam keadaan kritikal, namun stabil di Unit Rawatan
Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya,
Selangor.
Katanya Mahadzir belum sedar dan masih bergantung pada alat bantuan pernafasan.
"Pelbagai berita mengenai keadaan kesihatan abang saya timbul di laman
sosial. Saya berharap, semua pihak tidak mudah percaya dengan khabar
angin.
"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, abang saya berada dalam
keadaan kritikal namun stabil," katanya yang berterima kasih pada semua
pihak yang mendoakan kesihatan Mahadzir.
Keluarga personaliti itu juga berkata, buat waktu ini, mereka tidak
dapat menerima kunjungan pelawat yang ingin menziarahi Mahadzir.
Semalam, personaliti terbabit dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya.
Beliau yang baru saja pulang dari Jakarta, Indonesia, tiga hari lalu,
dilaporkan turut mengalami radang paru-paru dan jangkitan pada buah
pinggang.
Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.
Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan
Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan stesyen
berkenaan.
Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa, termasuk Perancis,
Sepanyol, Itali dan Portugis, menyaksikan beliau sering diundang sebagai
pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan
Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya
Perancis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan