WAKIL Pulau Pinang dalam pertandingan
Clever Girl Malaysia iaitu Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera) yang menarik
diri daripada menyertai rancangan itu semalam mendedahkan mengapa dia
membuat keputusan begitu.
Memilih Instagram sebagai saluran untuk
mendedahkan
punca penarikan dirinya daripada rancangan realiti itu,
Kiera mendakwa pihak produksi Clever Girl 2017 berat sebelah ataupun
‘pilih bulu’.
Kata Kiera, dia berasa seperti tertipu
dan diperbodohkan apabila terdapat peserta yang menerima soalan bocor
daripada pihak produksi sendiri!
Menurut Kiera, dia berasa terkilan
kerana seakan-seakan diperguna hanya kerana dia merupakan graduan
institusi pengajian tinggi paling berprestij dunia iaitu Universiti
Oxford.
Kata Kiera lagi, salah seorang peserta
telah diberikan soalan dan jawapan bocor supaya dia akan terus kekal di
dalam pertandingan tersebut.
Malah, ramai penonton sudah ‘perasan’
sesuatu yang aneh apabila pengacaranya, Aliff Satar, belum lagi habis
menanyakan soalan namun telah menerima jawapan tepat daripada peserta
tersebut!
Menurut Kiera, peserta tersebut tidak
mengetahui jalan kerja soalan matematik tersebut dan tergagap-gagap
sewaktu diminta melakukan jalan kerja bagi memahamkan rakan-rakan
seperjuangannya.
Selain itu, Kiera turut mendakwa pihak
produksi sengaja memberikan peserta itu jawapan yang betul kerana mahu
penonton di rumah berasa ‘sesuatu’ apabila seorang graduan Oxford
menjawab soalan dengan salah.
Kata Kiera, setiap hari dia menangis
apabila memikirkan dirinya seperti dipergunakan oleh produksi untuk
kelihatan ‘kurang cerdik’.
Selain itu, pemegang ijazah sarjana muda
dalam jurusan Bahasa Inggeris itu juga menyifatkan tindakan segaja
membocorkan jawapan itu sebagai satu taktik yang kotor dan keji.
Lagi pun, semua orang tahu peserta Clever Girl kebanyakannya tidak begitu ‘cerdik’, jadi dalam hal ini Kiera tidak rugi apa-apa langsung!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan