HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 September 2017

Pinda polisi selesai isu kerakyatan kaum India – Dr Subra

FAHMI KHAIRUL





KUALA LUMPUR: Lima bulan telah berlalu sejak Malaysian Indian Blueprint (MBI) dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namun isu kewarganegaraan masyarakat India masih belum dapat diselesaikan.

Justeru itu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pindaan polisi adalah merupakan jalan penyelesaian kepada isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat India.
“Isu taraf kewarganegaraan kepada mereka yang lahir sebelum 1957 dan yang bermastautin selepas kemerdekaan masih belum diselesaikan sepenuhnya.

“MIC telah menyarankan semua individu berketurunan India yang dilahirkan di Malaysia sebelum 1957 diberikan kewarganegaraa secara automatik tetapi ianya gagal kerana masih ada tatacara birokrasi yang menggagalkan permohonan mereka.

“Perlunya pindaan polisi bagi menyelesaikan isu ini dalam mendapatkan kewarganegaraan untuk segelintir masyarakat India yang belum dapat menikmati keistimewaan sebagai warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan dasar pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Oleh itu, Subramaniam berkata, beliau akan berbincang dengan Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negari dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan secepat mungkin.

“Saya telah memohon untuk berjumpa dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Ia bertujuan untuk menyelesaikan isu ini dan meminda polisi bagi menginzinkan isu kerakyatan dapat diselesaikan.

“Isu kewarganegaraan yang tertangguh sejak beberapa tahun selepas kemerdekaan ini menjadi isu politikus pembangkang setiap kali PRU diadakan.

Tiada ulasan: