DARIPADA lebih 100 kerusi parlimen yang diumumkan
Setiausaha Agung PAS yang akan ditandingi oleh PAS dalam PRU 14, confirm
8 kerusi di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan, PAS akan lawan
Umno/BN.
Di
negeri lain, ada yang lawan Umno/BN, MCA/BN, MIC/BN, PBB/BN, PBS/BN,
Gerakan/BN dan mana-mana saja parti komponen BN yang meletakkan calon di
kerusi berkenaan.
PAS sudah lawan Perikatan dan kemudiannya BN dalam PRU sejak tahun
1955 lagi sehingga yang terakhir tahun 2013 dan akan terus lawan BN.
Hanya dalam PRU 1974 sahaja PAS tak lawan BN ketika PAS berada dalam BN.
Tiba-tiba ada gabungan parti yang masih berhingus dan sebahagian
besar pimpinan mereka asalnya cari makan dalam BN, menuduh PAS
bertanding kerana nak menangkan BN. Teori mana mereka guna?
Lebih 100 kerusi parlimen yang akan ditandingi PAS seluruh negara
adalah berdasarkan kekuatan jentera akar umbi serta disokong dengan data
dan maklumat yang kita ada.
PAS ada Jabatan Pilihanraya PAS, Pusat Penyelidikan PAS, Institut
Strategi PAS dan Institut Polisi Studi yang melakukan kajian di samping
maklumat dari beberapa agensi kajian bebas yang membekalkan kita dengan
data dan maklumat yang diperlukan.
Di seluruh negara PAS ada lebih 7,000 cawangan dan 195 kawasan. Kita
realistik dan berpijak di bumi nyata dengan langkah dan tindakan yang
diambil. Bukan urusan kita nak ambil peduli walau ada suara sinis yang
mengeji, ada cawangan banyak pun bukannya menang! Habis tu kamu yang
hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?
*Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat
*Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan