HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 September 2017

‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’


KUALA LUMPUR: Prof Madya Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertanya mengapa orang Melayu rasa tidak selamat.

Beliau mengajukan soalan itu di forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRC), di mana Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menyoal mengapa orang Islam berasa tidak yakin dengan agama sendiri.

“Mengapa orang Melayu Islam rasa tidak selamat? Perdana menteri, dan Agong, seorang Melayu Islam.

“Sebagai perbandingan, saya seorang Iban yang menetap di Malaysia Barat dan nama saya Madeline Berma.

“Sepatutnya saya yang rasa tidak selamat. Tetapi kawan-kawan Melayu saya pula yang rasa tak selamat,” kata Madeline.

Saifuddin menjawab soalan itu dengan berkata punca perasaan tidak selamat dalam kalangan orang Melayu ialah politik kaum, disebarkan oleh golongan yang mahu kekal berkuasa.

“Strategi untuk kekal berkuasa ialah cipta perasaan tidak selamat.

“Sebab itu kamu dengar kenyataan seperti: “Hanya saya yang akan menjaga kamu.”

“Ini sejenis politik kaum, terutama dengan unsur agama yang terpendam, yang mencipta ketakutan seperti itu.

“Ia sudah tertanam dalam masyarakat kami malah dilaksanakan dalam dasar dan program, dan kita sama sekali tidak menyedarinya.

“Kita perlu kaji di mana kita berada hari ini kerana rakyat hidup dalam ketakutan tanpa sebab hanya kerana sesetengah orang elit cipta ketakutan itu untuk kekal berkuasa.”

Terdahulu, Saifuddin mendakwa isu Allah dan kontroversi mengenai salib di sebuah gereja di Taman Medan, Jalan Klang Lama menimbulkan rasa tidak selamat sesetengah orang Islam.

Tiada ulasan: