WAWANCARA | Kira-kira 10 tahun sejak penubuhan 1MDB, siasatan sedunia mendapati hartawan kontroversi Low Taek Jho dan bekas eksekutif Aabar Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny antara penggerak penting dakwaan skim pengubahan wang haram antarabangsa.
Lebih menarik, nama ketiga-tiga mereka muncul sebelum 1MDB dibentuk lagi, tetapi tidak banyak perhatian diberikan kepada mereka ketika itu.
Nama mereka muncul ketika Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) membeli 24.9 peratus pegangan dalam RHB Capital Bhd pada 2018, dan jualan saham sama kepada Aabar Investments PJS (Aabar) pada 2011.
Kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menyertai ADCB dua bulan selepas pembelian saham itu, terlibat melupuskan saham RHB Capital kepada Aabar. Arul menyertai 1MDB pada penghujung 2014.
Ketika itu, Qubaisi menjadi pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), syarikat induk Aabar sementara Husseiny pula menjadi CEO Aabar.
Kedua-dua lelaki itu dituduh oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai membentuk identiti luar pesisir dengan nama mirip Aabar, tetapi tidak berkaitan dengan IPIC, dalam dakwaan pencucian wang 1MDB secara haram.
Bagaimana nama Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, terpalit sama? Dalam wawancara dengan The Star pada 30 Julai 2010, Jho Low berkata beliau membantu ADCB dalam pembelian pegangan dalam RHB Capital.
Katanya, bekas pengerusi ADCB bertanya pandangannya berkaitan RHB Bhd dan potensinya.
“ADCB akhirnya melabur besar terhadap bank-bank di Malaysia. Ini antara pelaburan penting Abu Dhabi di Malaysia, yang terus menunjukkan Abu Dhabi melabur di Malaysia untuk jangka masa yang panjang,” beliau dipetik sebagai berkata.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Arul mengaku kenal ketiga-tiga nama di atas sejak sebelum isu 1MDB meletus.
Bagaimanapun, katanya, itu hanya kerana Jho Low mempunyai ramai kenalan dan minat terhadap perniagaan di Timur Tengah, sementara Qubaisi and Husseiny adalah pelanggannya semeasa beliau bekerja d ADCB.
“Jho Low adalah ahli perniagaan yang mempunyai minat mendalam dan ramai kenalan di Timur Tengah. Saya jumpa da pada masa itu dan dia juga berada di Abu Dhabi, tempat saya bekerja.
“Kami berjumpa beberapa kali, dia ada sedikit cadangan dan perkara sebegitu,” katanya.
Bagaimanapun, Arul berkata beliau dan Jho Low tidak pernah melakukan perniagaan bersama-sama.
“Kami tidak pernah buat perniagaan bersama-sama, bank saya tidak pernah pinjamkan wang kepada Jho Low,” katanya.
Selepas itu, kata Arul, mereka tidak berhubung lagi.
Ditanya pandanganya terhadapo Jho Low berdasarkan pertemuan itu, Arul berkata bilionair itu mempunyai “perwatakan menarik”.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu, katanya, petah bercakap, berkharisma dan mempunyai banyak idea.
Arul ketika itu menjadi naib presiden dan ketua perbankan pelaburan ADCB.
Katanya, beliau dilamar oleh ADCB semasa bekerja sebagai ketua Islamic Finance Solutions Barclays Capital di Dubai, jawatan yang disandangnya sejak September 2006.
Beliau memulakan kerjaya baru di ADCB pada Julai 2008, dua bulan selepas rundingan RHB, dan berpangkalan di Abu Dhabi.
Selepas itu, ADCB melantik Arul ke lembaga pengarah RHB Capital pada 2009 ketika umurnya baru 33 tahun. Arul menjadi anggota lembaga termuda.
Ketika berkhidmat di ADCB-lah Arul mengenali Qubaisi dan Husseiny.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan