PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
menafikan khabar angin bahawa beliau menghantar senarai nama calon
pilihannya di Selangor, kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
Beliau juga menjelaskan senarai nama yang dihantar bukan pilihannya
sebaliknya ia adalah cadangan di peringkat cabang seluruh Selangor.
“Siapa kata? Saya tidak akan beri respons kepada ‘rumours’ (desas-desus) seperti ini.
“Proses (pemilihan) dalam PKR adalah telus. Saya tidak serahkan
sebarang senarai (calon). Senarai calon dikemukakan oleh negeri dan
negeri terima senarai itu daripada peringkat cabang.
“Saya tidak ada senarai sendiri. Senarai yang ada itulah senarai
parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pusat operasi
pilihan raya DUN Seberang Jaya dan Parlimen Permatang Pauh di Jalan
Baru, di sini hari ini.
Azmin sebelum ini didakwa menyenarai pendek seramai lapan calon PKR
untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun dikatakan
ditolak oleh Azizah.
Berikutan itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin didakwa bertemu
Wan Azizah pagi tadi di Segambut untuk membincangkan lebih lanjut
mengenai perkara tersebut.
Antarapos menghubungi Ketua Srikandi PKR, Senator Aisyah Shaik Ismail dan beliau menafikan perkara itu.
Menurutnya yang turut berada di kediaman Azizah pagi tadi, pertemuan
Zuraida dan beberapa pimpinan PKR adakah rutin biasa jika berlaku
sesuatu isu.
Ia bagi memastikan apa-apa maklumat berkenaan parti diterangkan secara
terus oleh pimpiann tertinggi bagi mengelakkan salah faham.
Malah ujarnya, Azizah dan Azmin akan berjumpa esok dan duduk bersama
meneliti senarai nama calon yang sudah dikemukakan PKR seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan