SHAH ALAM – Kesepakatan bukan sahaja antara MCA dengan
Gerakan bahkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka
menjadi pemangkin kepada parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) pada 9 Mei ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sikap saling tolong-menolong antara parti komponen BN hingga ke bilik gerakan semakin menyerlah dalam pilihan raya kali ini dan ia memberi keyakinan untuk memenangkan calon yang telah dipilih.
“Saya menyokong penuh usaha kerjasama antara MCA dengan Gerakan di mana saya sendiri turun ke bilik Gerakan untuk bantu.
“Kesepakatan ini sangat penting bukan sahaja bersatu padu tapi dengan komponen BN. Apabila kita bersatu padu kita ada peluang yang lebih baik dalam memenangkan calon-calon.
“Kita sudah bersedia kali ini untuk bantu memenangkan kerusi dan paling penting adalah undi-undi kaum Cina kita nak hantar balik kepada BN,” katanya ketika ditemui di bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.
Liow selaku Pengerusi MCA Selangor berkata, pihaknya kini giat menambah keahlian parti itu khususnya menambahkan jumlah pengundi sebagai usaha untuk memenangkan calon-calonnya pada PRU14.
“Kita letak calon-calon yang boleh menang, yang digemari dan disukai oleh penduduk atau orang ramai
“Paling penting kita mencari lebih ramai ahli MCA balik ke pangkuan MCA. Kalau dulu kita tak cari ahli, sekarang kita cari ahli MCA.
“Malah ahli MCA sudah ramai, 30 peratus meningkat dari tahun lepas khususnya dari segi jumlah pengundi, sebab itu kita kerap berdamping dengan pengundi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan