Fuzi Harun berkata, polis akan memberi kawalan
keselamatan secukupnya kepada waris keluarga Fadi al-Batash dan Kedutaan
Palestin di Malaysia.
Fuzi Harun berkata, siasatan pembunuhan pensyarah dari Palestin itu masih diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis memberi kawalan keselamatan secukupnya, jadi tidak perlu bimbang akan tahap keselamatan mereka.
“Selain itu, jaminan keselamatan juga diberi kepada pihak Kedutaan Besar Palestin di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, siasatan pembunuhan warga Palestin itu masih diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Batash, pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, ditembak mati di luar Kondominium Idaman Puteri, di Setapak semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat subuh kira-kira 6 pagi semalam.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan