MOHD ALI HASHIM
Pengundi dalam Parlimen Baling kecewa apabila khidmat ambulans dan
bas sekolah percuma yang disediakan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk
Seri Abdul Azeez Abd Rahim sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)
sudah tidak lagi beroperasi kerajaan Pakatan Harapan ambil alih
pemerintahan.
Malah lebih 38 ribu pengundi yang telah memberi sokongan sehingga
Abdul Azeez mencapai kemenangan merasa terkilan dengan penarikan khidmat
ambulans dan bas sekolah percuma tersebut.
Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Johari Abdullah ketika berkata,
sepatutnya khidmat yang diberikan untuk kepentingan penduduk miskin dan
orang ramai tersebut diteruskan dan bukannya dihentikan.
“Sewajarnya Azeez meneruskan khidmat tersebut kerana ia telah berjaya
memberi kemenangan sehingga beliau mampu menewaskan calon Pas dan PKR
baru-baru ini.
“Dengan penarikan khidmat ambulans percuma ia telah memberi kesukaran
kepada penduduk kampung, khususnya mereka yang sememangnya mengharapkan
dokongan wakil rakyat tersebut.
“Tiada lagi khidmat bas sekolah percuma memberi impak yang amat besar
kerana seringkali yang menggunakan khidmat bas tersebut adalah
anak-anak golongan miskin, ” tegasnya lagi.
Kata Johari lagi, penarikan khidmat ambulans dan bas sekolah percuma
tersebut adalah tindakan gopoh yang tidak seharusnya dilaksanakan
selepas memenangi PRU.
“Sebagai wakil rakyat yang telah mendapat sokongan dari 38,557 pengundi, maka ia harus menghormati keluhan rakyat bawahan.
“Seandainya suara dan rintihan golongan tersebut tidak diendahkan,
maka jelas membuktikan ada sesuatu yang tidak kena terhadap Ahli
Parlimen Baling tersebut.
“Beliau perlu menjelaskan kepada sejumlah besar pengundi yang telah
memenangkannya baru-baru ini kenapa khidmat ambulan yang memaparkan
gambar beliau pada ambulan tersebut serta bas sekolah percuma dihentikan
selepas memenangi PRU, ” soal Johari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan