HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Oktober 2018

ANWAR ‘LEMAS’ DI PORT DICKSON



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula ‘panik’ apabila melihat suasana kempen yang tidak menyebelahi mereka.

Menurut sumber parti itu, Ketua Umum PKR terbabit gusar dengan beberapa ‘kejutan’ yang diterimanya secara luar jangka.

Penyertaan dua calon Bebas, Tan Sri Isa Samad dan ‘musuhnya’ Saiful Bukhari Azlan memberi tamparan hebat kepada Presiden PKR itu untuk menang dengan majoriti besar.

“Anwar risau, beliau panik dengan situasi kempen yang tidak memihaknya, jumlah kehadiran orang ramai pada sesi ceramah beliau di Port Dickson pun sekitar 200 orang, itu membuatkan beliau gelisah.

“Pengundi Cina dilihat masih ‘malas’ untuk keluar undi memandangkan PRU14 baharu saja berakhir, undi Melayu berpecah kepada Isa dan Saiful serta calon PAS.

“Lebih menggusarkan lagi jika peratusan pengundi yang keluar pula agak rendah, situasi ini buat Anwar cuak,” katanya kepada Watan-Online.

PRK Port Dickson menyaksikan pertembungan tujuh penjuru membabitkan Anwar, calon PAS dan lima calon Bebas termasuk Isa serta Saiful.

Pilihan raya ini diadakan bagi membuka laluan kepada usaha PKR untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu sumber berkata, Anwar mengarahkan jentera parti berkenaan supaya menggerakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab.

“Anwar yakin masih boleh menang, tapi majoriti amat rendah, jika majoriti rendah macam mana mahu desak Mahathir undur,” katanya.


Tiada ulasan: