Wartawan Watan-Online
Situasi politik negara yang tidak stabil pasca Pilihan Raya Umum ke
14 (PRU-14) diakui menjadi punca bekas pembantu peribadi Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Port Dickson.
Menurut beliau, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) gagal mentadbir
negara dengan baik dan hanya bermain politik demi memenuhi agenda
individu tertentu.
“Dan individu ini jika diberi mandat untuk kembali ke Parlimen dan
menyertai kerajaan baharu hari ini, pastinya akan menggugat kestabilan
termasuk ekonomi negara.
“Bayangkan ketika rakyat diminta berkorban dan ikat perut bagi
membantu kerajaan memulihkan ekonomi negara, sebanyak RM3.6 JUTA WANG
RAKYAT dibelanjakan bagi PRK Port Dickson semata-mata memenuhi nafsu
politik individu berkenaan,” katanya melalui kenyataan media pada Isnin.
Mengulas lanjut, Saiful berkata beliau akan berusaha untuk menjayakan
agenda kestabilan dengan turut membawa suara warga Port Dickson ke
Parlimen sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.
Saiful yang bertanding atas tiket bebas turut merayu orang ramai
untuk menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit untuk menjayakan agenda
kempen beliau di PRK Port Dickson.
“Saya dengan rendah diri merayu lepada sahabat semua dan seluruh
rakyat Malaysia juga badan korporat, di sini saya mengakui, bahawa saya
memerlukan bantuan dan sokongan kewangan bagi melancarkan proses kempen
ini sehingga ke hari pembuangan undi.
“Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa satu TABUNG KHAS diwujudkan
serta merta bagi menjayakan agenda ini bukan untuk kepentingan peribadi
saya, tetapi untuk kestabilan negara.
Sumbanglah seberapa ikhlas
walaupun RM1 ia amat bermakna demi menjayakan perjuangan ini,” katanya.
Saiful akan bertanding menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar; bekas
menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas), Lau
Seck Yan (Bebas), Chan Keng Leong (Bebas) dan Kan Chee Yuen (Bebas)
dalam PRK Port Dickson 13 Oktober ini.
Segala sumbangan dan bantuan boleh disalurkan ke akaun (Maybank) 311140470815.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan