HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Oktober 2018

Habis tu tak boleh tolong orang PD ke? - Anwar

 
   

PRK PD | Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson mempersoalkan apakah beliau tidak boleh menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan parlimen itu.

Ini susulan laporan polis dibuat calon bebas, Stevie Chan Keng Leong yang mendakwa beliau cuba menyogok pengundi berdaftar di Port Dickson dengan projek-projek mega.

“Itu projek, habis tu kita tak boleh tolong orang Port Dickson ke? soal Anwar ketika ditemui pemberita dalam satu majlis makan tengah hari bersama peniaga kecil di Port Dickson, hari ini.

Terdahulu, Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis di Ibu Pajabat Polis Daerah Port Dickson jam 12 tengah hari tadi.

Stevie mendakwa Anwar dalam ceramah perdana di Sri Tanjung sebelum ini dilaporkan memberitahu pengundi Port Dickson bahawa beliau telah memperoleh tiga projek untuk rakyat.

Antaranya projek pelancongan hotel lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan seperti tuisyen percuma kepada pengundi kawasan itu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, apa yang diumumkan sebelum ini hanyalah projek daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan projek kerajaan pusat.

“Ini (projek-projek) NGO, tak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Dia (Stevie) buatlah apa pun, dia patut terangkan apa yang nak buat untuk PD,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: