Ribuan penyokong HARAPAN rai Anwar di PD
9.30pm: Ribuan penyokong HARAPAN berkumpul di pekarangan bilik gerakan utama mereka, di PD Waterfornt, Port Dickson.
Kehadiran mereka bagi meraikan kemenangan calon HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menewaskan tujuh lawannya.
Anwar yang baru diangkat sebagai anggota parlimen Port Dickson itu dijangka akan terus ke bilik gerakan utama HARAPAN di PD Waterfront dari pusat pengiraan undi.
Anwar dijangka akan memberi ucapan di hadapan penyokongnya sebelum mengadakan sidang media.

Rasmi: Anwar menang besar
9.20pm - Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson selepas meraih 31,016 undi, seperti diumumkan SPR.
Anwar mendapat 23,560 undi majoriti ke atas pesaing terdekatnya, calon PAS Mohd Nazari Moktar yang memperoleh 7,456 undi. Calon bebas Tan Sri Mohd Isa Samad berada di tempat ketiga dengan 4,230 undi.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi adalah 58.25 peratus.

Anwar menang, Saiful tercorot: Ramalan IDE tepat
8.45pm - Ramalan yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) bagi PRK Port Dickson dilihat tepat.
Badan kaji selidik negeri Selangor itu sebelum ini menjangkakan calon HARAPAN Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan meraih 74 peratus undi. Keputusan (tidak rasmi) hampir 71.27 peratus.
IDE juga sebelum ini meramal calon bebas Saiful Bukhari Azlan akan berada di tempat tercorot.
Saiful hanya memenangi 112 undi, iaitu 0.26 peratus daripada undi keseluruhan. Satu per tiga daripada undi yang diterima Saiful adalah daripada pengundi awal dan pengundi pos.

SPR umum peratus keluar mengundi 58.3%
8.30pm: SPR mengumumkan peratus keluar mengundi sebanyak 58.3 peratus.
Pada PRU 9 Mei lalu, peratus keluar mengundi bagi parlimen berkenaan adalah 83.16 peratus.
Bagaimanapun, peratus keluar mengundi itu lebih tinggi berbanding tiga PRK sebelum ini.
Anwar tawan 4 daerah mengundi BN
8.25pm - Calon HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menawan empat daerah mengundi yang dimenangi BN pada PRU lalu.
Daerah mengundi itu ialah Kampong Jimah Baru, Si Rusa, Linggi dan Kampung Sungai Raya.
Meskipun perkadaran undi HARAPAN di empat kawasan ini lebih tinggi pada PRK kali ini, jumlah undi yang diterima gabungan itu dan PAS hampir sama.
Sebagai contoh, di Kampung Jimah Baru, HARAPAN mendapat 265 undi, diikuti PAS (136), dan calon bebas Tan Sri Mohd Isa Samad (90).
Pada PRU 9 Mei lalu, BN memperoleh 367 undi, sementara HARAPAN 211 dan PAS 136.
Ini bererti peralihan undi kepada HARAPAN lebih rendah dan memberi gambaran penyokong BN memboikot PRK berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan