SINAR HARIAN
Ketua
Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
merangkap Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery
(dua,kanan) bersama pasukan misi pada majlis pelepasan Misi Bantuan
Kemanusiaan mangsa gempa bumi Palu, Sulawesi Indonesia di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - Foto Bernama
Mapim yang juga pasukan bantuan Malaysia pertama tiba di wilayah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Lion Air pada 1 tengah hari (waktu Malaysia), Selasa menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di Jakarta, sebelum menaiki penerbangan domestik ke Makassar.
Selepas perjalanan udara lebih lima jam, kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Internasional Sultan Hasanuddin pada pukul 9.30 malam waktu tempatan sebelum dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dijangka mengambil masa 18 jam perjalanan darat untuk ke Kota Palu.
Misi enam hari itu turut disertai pengamal media dari beberapa agensi berita antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TV Al-Hijrah.
Setakat petang semalam, berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa yang disahkan terkorban ialah 1,234 orang.
Korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah dikhuatiri mencecah ribuan mangsa. Lebih 30,000 penduduk terkesan teruk akibat gempa dan tsunami Jumaat lepas dan dilaporkan mereka bermalam di jalanan serta berterusan trauma berikutan lebih 250 gempa susulan masih berlaku di Sulawesi Tengah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan