Penasihatnya, Datuk Zulkifli Nordin berkata, ini kerana terdapat kekeliru dengan kenyataan Felda dan kerajaan berkaitan dengan hutang.
Menurutnya, dikhabarkan Felda menanggung hutang mencecah RM8 bilion dan daripada jumlah tersebut, RM5 bilion adalah hutang yang ditanggung oleh peneroka.
"Sebenarnya bagaimana Felda boleh mengatakan peneroka Felda berhutang sehingga sebanyak itu sedangkan penyata hutang peneroka masih banyak belum dimuktamatkan.
"Malah siasatan kami mendapati penyata hutang yang disediakan oleh Felda Technoplant dengan Felda adalah amat berbeza," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan, Felda akan menjual aset-asetnya yang tidak strategik sebagai pelan pemulihan untuk mengurangkan beban hutang yang kini berjumlah RM8 bilion.
Katanya, aset-aset bukan strategik yang dikenal pasti untuk dijual itu terletak di Sabah, Sarawak dan London.
Jelasnya, penjualan itu dijangka menyumbang sebanyak RM2.2 bilion kepada agensi itu selain akan mengadakan pertemuan dengan institusi-institusi kewangan tempatan dalam usaha mengurangkan beban hutang tersebut.
Mengulas perkara tersebut, Zulkifli meminta kerajaan mengira jumlah sebenar tanggungan hutang Felda supaya hasil daripada penjualan aset itu hanya bertujuan untuk melangsaikan hutang.
"Sebagai NGO (badan bukan kerajaan) anak peneroka sebenarnya kami amat meragui kenyataan-kenyataan tentang jumlah hutang Felda termasuk jumlah hutang emak ayah kami yang ditanggung Felda," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan