
KUALA LUMPUR – DAP di Tanjung Piai didakwa menyamakan Muafakat Nasional di antara UMNO dan Pas dengan Taliban menerusi gegantung yang digantung.
Gambar gegantung itu dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebooknya hari ini.
“Betapa kotor dan jijiknya kempen DAP di PRK Tanjung Piai ini. Nak samakan Muafakat Nasional dengan Taliban.
“Gegantung ini jelas melanggar undang-undang tapi pihak berkuasa buat-buat tak nampak,” tulisnya.
Walaubagaimanapun sejauh mana kesahihan dan kewujudan banting itu masih tidak dapat disahkan lagi.
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai memasuki hari terakhir. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan