Nabila Huda beranggapan banyak lagi masalah sosial yang
berlaku dalam kalangan masyarakat perlu diambil kira berbanding
memperbesarkan isu dia berswafoto bersama anjing.
“Yang bukan muhrim berpegangan tangan, peluk cium dalam Instagram tu bukankah sepatutnya isu lebih penting untuk dibahaskan?” Soalnya.
Jelas Nabila, 34, tujuan dia memuat naik gambar bersama baka Husky Siberia itu hanyalah untuk berkongsi kegembiraan selain menunjukkan sikap kasih sayang terhadap segala jenis haiwan termasuk anjing.
"Saya rasa tiada masalah sekiranya kita sebagai hamba Allah sayang dengan segala haiwan di muka bumi ni,” katanya.
Nabila ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2019 yang diadakan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Pada majlis berkenaan, aktres itu berjaya membawa pulang
trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui drama Dia Tidak
Berdosa.
Perkongsian
itu mendapat perhatian umum termasuk peserta program realiti Pencetus
Ummah(PU) Syed yang kemudian menyelar tindakan anak vokalis kumpulan
Search, Amy itu berswafoto bersama anjing.
Mengulas lanjut, kata Nabila, dia sedikit pun tidak berniat dan langsung tidak menyangka perbuatannya itu akan membawa pengaruh tidak baik kepada pengikutnya yang beragama Islam.
“Kalau anjing tu basah, sertulah, tapi saya kering dan haiwan tu juga kering. Saya juga sudah jelaskan sudah sertu.
“Saya juga tak rasa akan jadi ikutan sedangkan kalau di Malaysia, orang Melayu nampak anjing lalu saja terus lari,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan