PRK TG PIAI | Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemilihan Wee Jeck Seng - bekas anggota parlimen Tanjung Piai selama dua penggal - dalam PRK kali ini adalah keputusan yang tepat.
“Kita bersatu hati, tenaga, fikiran dan kerja sebagai satu pasukan Muafakat Nasional. InsyaAllah pilihan tepat adalah saudara Wee jeck Seng.
“[...] dia pun cakap InsyaAllah akan buat yang terbaik. Jadi kita jawab Alhamdullilah. Kita dalam Muafakat Nasional cukup komited apabila putuskan Wee sebagai calon kita," katanya ketika berucap di bangunan Umno Pontian selepas penamaan calon selesai.
Zahid berkata lagi, jentera BN sebagai pembangkang tetap bersemangat meraih undi walaupun kerajaan kini dilihat memberi banyak peruntukan di kawasan itu.
Turut berada di pentas ialah Wee Jeck Seng dan Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee merupakan anggota parlimen Tanjung Piai sejak 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Md Farid Md Rafik pada PRU lalu, dengan perbezaan 524 undi.

"Muafakat Nasional ini diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Kita lihat rakan (dari PAS) dari peringkat pusat, negeri dan kawasan, ini tanda komitmen PAS," katanya lagi.
Wee bakal dicabar calon PH Karmaine Sardini yang juga Ketua Bersatu Tanjung Piai dan empat calon lagi, iaitu Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), serta dua calon Bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.
Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan