KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan rundingan dengan kerajaan persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.
"Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini (Khamis) di portal berita dalam talian Star dan pelbagai portal lain, menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada kerajaan persekutuan.
"Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.
BACA: Sarawak kemuka formula baharu 'perkongsian hasil' dengan Petronas
BACA: Isu tuntutan cukai eksport minyak dan gas selesai beberapa bulan lagi - Abang Johari
BACA: 20 peratus royalti minyak boleh 'bunuh' Petronas - Tun M-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan