JOHOR BAHRU: Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju
meneruskan Projek Rapid Transit System (RTS) Link, ia tidak akan mampu
menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.
Beliau berkata, Malaysia melihat penyelesaian jangka panjang yang paling sesuai adalah dengan pembinaan jambatan baharu untuk menghubungkan kedua-dua negara itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Singapura harus bersikap adil
kerana mereka telah menikmati ‘subsidi’ air dari Malaysia sejak 1926,
tetapi tetap enggan berkompromi dalam soal pembinaan jambatan baharu.
“Yang boleh selesaikan masalah ini adalah jambatan. Jadi kita ini tidak dapat buat jambatan, kerana tidak dapat persetujuan (Singapura), sebaliknya kita masih bersetuju untuk jual air sebanyak 1,000 gelen dengan harga yang ditetapkan pada tahun 1926.

“Inilah masalah yang Johor hadapi, mereka akan bermasalah dengan traffic jam ini sehingga tahun 3000,” katanya secara sinis.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengumumkan persetujuan
Malaysia meneruskan pembinaan RTS Link dalam satu sidang media di
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, di
sini hari ini.
Melalui keputusan itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan berjaya melakukan penijmatan sebanyak RM1.77 bilion, iaitu 36 peratus lebih rendah berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.
Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, ramai rakyat Johor berulang-alik ke Singapura menggunakan motosikal, sekaligus membuatkan beliau merasakan RTS Link bukan penyelesaian terbaik.
"Tetapi apabila kita guna tren, ramai rakyat dari Johor menyeberang menggunakan motosikal. Melainkan mereka boleh membawa motosikal itu ke atas tren. Jadi, walaupun kita membina RTS ini, penunggang motosikal masih tidak boleh menggunakannya.
"Kalau dia tidak ada motosikal dia semasa di Singapura, jadi satu masalah juga. Sebab itu RTS ini ini tidak boleh selesaikan masalah penunggang motosikal,” katanya lagi.
Justerus, Perdana Menteri mengharapkan agar Singapura dapat berkompromi dan bersikap terbuka dalam permintaan Malaysia untuk menaikkan sedikit harga jualan air mentah ke negara itu.
Beliau berkata, kerajaan mengharapkan agar negara jiran itu bersetuju dengan satu tarikh baharu secepat mungkin untuk dimulakan semula rundingan mengenai perjanjian air itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan